Rabu, 24 Januari 2018

3 Ciri Emas Yang Selamat Dibeli

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Para pembaca budiman, 
Sebelum ini saya telah berkongsi kepada anda berkaitan bagaimana ingin memaksimunkan keuntungan apabila membeli emas perlaburan. ( Boleh merujuk di Maksimumkan Keuntungan Apabila Beli Emas ). 

InsyaAllah pada kali ini saya ingin berkongsi tiga ciri pembelian emas yang sepatutnya kita sebagai pembeli tahu supaya kita tidak menghadapi sebarang masalah dengan simpanan emas kita di masa hadapan.

PERTAMA  ( ALERT LIST BANK NEGARA MALAYSIA )

Sebelum kita menceburi diri secara langsung atau tidak langsung dengan perlaburan emas atau perlaburan lain, terlebih dulu sila lawati website Bank Negara Malaysia (BNM) untuk selidik sesuatu syarikat itu TIDAK BERADA di dalam senarai alert list. Website BNM adalah seperti link berikut:-

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_financialconsumeralert&lang=en

(Kemaskini pada 17.Januari.2018)

PUBLIC GOLD INTERNATIONAL BERHAD TIDAK BERADA DI DALAM ALERT LIST BNM TERSEBUT !!!


KEDUA  ( SIJIL PATUH SYARIAH )

Syarikat pengeluar emas yang mempunyai sijil patuh syariah bagi produk emasnya mempunyai kelebihan tersendiri. Ini adalah kerana bukan mudah untuk sesuatu syarikat pengeluar emas mendapatkan sijil patuh syariah tersebut. Ia melalui proses yang panjang dan rumit dari suatu badan iaitu panel syariah untuk mengesahkan kepatuhannya. Kata mentor saya, tiada sijil patuh syariah bukan bermakna perjalanan bisnes sesebuah syarikat itu tidak patuhi syarak tapi dengan adanya sijil tersebut lebih meyakinkan orang ramai, terutamanya muslim.

PUBLIC GOLD INTERNATIONAL BERHAD ADALAH SYARIKAT YANG MEMPUNYAI SIJIL PATUH SYARIAH DI MALAYSIA DARI PANEL SYARIAH YANG SAMA DENGAN BANK NEGARA MALAYSIA DAN SURUHANJAYA SEKURITI IAITU DARI AMANIE ADVISORS SDN.BHD. SIJIL TERSEBUT DITANDATANGANI OLEH DATUK DR. MOHD DAUD BAKAR.


KETIGA  ( SYARIKAT PENGELUAR MEMPUNYAI REPUTASI YANG TINGGI )

Anda boleh mencari dan buat sedikit dapatan berkaitan syarikat penjual emas pelaburan yang kukuh, stabil dan bereputasi tinggi. Lihat juga kepada syarikat atau agensi yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat emas tersebut.

Contohnya Pos Malaysia Berhad. Melalui Arrahnu Pos sejak 2 tahun yang lalu, mereka telah bekerjasama dengan Public Gold sama ada dalam urusan pajakkan mahupun penjualan dan pembelian emas.

( ArRahnu Pos HANYA menjual gold bar 0.5gram, 1gram, 5gram dan 10gram serta 1/2 dinar dan 1 dinar. )

Selain dari Arrahnu Pos, banyak lagi Arrahnu spt Arrahnu Agro Bank, Arrahnu Koperasi Dagang Emas, Arrahnu Koperasi Tentera, Arrahnu Bank Rakyat yang menerima pajakkan emas-emas keluaran Public Gold. Sekiranya syarikat tidak mempunyai reputasi tinggi, adakah syarikat dan agensi ini mahu menjadi business partner ?

PUBLIC GOLD INTERNATIONAL BERHAD SATU-SATUNYA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI BUSINESS PARTNER YANG RAMAI

Pada saya, setelah membuat kajian dan bacaan berdasarkan perkara-perkara di atas saya meyakini PUBLIC GOLD adalah platform TERBAIK untuk saya memulakan pembelian emas perlaburan untuk simpanan masa depan saya dan keluarga.

BINA IMPIAN DENGAN SIMPANAN EMAS

Mohd. Asri Zolkafli
PG051477
Public Gold Dealer
012-324 3508



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERPINDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada para pengunjung setia dan pelawat yang melalui laman ini. Alhamdulillah, segala pujian d...