Ahad, 18 Mac 2018

PENGENALAN SYARIKAT PUBLIC GOLD

Public Gold 10 Tahun
Di Malaysia, banyak syarikat emas yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan terutama di era tahun 2010 - 2011 yang mana ketika itu harga emas naik mendadak. Namun begitu syarikat Public Gold telah pun wujud sebelum itu di dalam pasaran emas Malaysia.

Public Gold Marketing Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai Public Fine Gold International Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat tempatan terbesar yang mengeluarkan sendiri jongkong emas, jongkong perak, dinar dan dirham untuk tujuan perlaburan. 

Syarikat ini yang beribu pejabat di Taman Perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 23 Mei 2008. Maka tahun ini Public Gold telah pun berusia 10 tahun beroperasi dalam urusan jual beli emas. Bahkan kini syarikat Public Gold lebih dari itu.

Sebagai makluman umum, syarikat Public Gold tiada kaitan dengan syarikat Public Bank.

Pada 1 September 2008 cawangan pertama Public Gold telah ditubuhkan di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Manakala pada 8 April 2009 Public Gold telah disenaraikan dalam The Malaysia Book Of Records sebagai sebuah syarikat yang mempunyai jongkong emas bersijil dan temurah di Malaysia.

Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KODEMAS) telah ditubuhkan pada 28 Januari 2010 dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Pulau Pinang. Tujuan koperasi ini ditubuhkan ialah untuk menjaga kebajikan dan ekonomi kakitangan dan pengedar emas kumpulan Public Gold.

Pada 28 Februari 2010 Public Gold telah melancarkan barang kemas perhiasan 916 dan jongkong perak (silver). Lagi sekali Public Gold telah disenaraikan dalam The Malaysia Book Of Records sebagai syarikat tempatan pertama keluarkan jongkong perak.


Antara perkara penting juga dalam susur galur syarikat ini ialah pernukaran nama korporat. Dahulunya dikenali sebagai Public Fine Gold International Sdn. Bhd. telah bertukar kepada Public Gold Marketing Sdn. Bhd. pada 25 Januari 2011. Manakala perasmian pejabat korporat Public Gold di Bayan Lepas Pulau Pinang telah diadakan pada 15 Mac 2012 oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah.

Pada 15 Julai 2014 Public Gold mula memperkenalkan sistem Gold Accumulation Program (GAP) iaitu Program Pengumpulan Emas yang pertama di Malaysia. Program ini membolehkan orang ramai mengumpul emas fizikal berdasarkan asas yang diperuntukan dan disokong 100% emas fizikal. Orang ramai boleh mengeluarkan emas tersebut di seluruh cawangan Public Gold dengan kadar minima 1 gram.

Pada 13 Oktober 2014 pula produk Public Gold secara rasmi telah dikecualikan dari GST        ( Goods and Services Tax ) oleh Warta Kerajaan Persekutuan Malaysia kerana produk Public Gold tersenarai dalam LBMA ( London Bullion Market Association ). 

InsyaAllah saya akan menyambung lagi tulisan berkaitan beberapa tarikh penting dan kejayaan bagi syarikat Public Gold. 


Mohd. Asri Bin Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer
PG 051477
HP : 012-324 3508

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERPINDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada para pengunjung setia dan pelawat yang melalui laman ini. Alhamdulillah, segala pujian d...