Suatu ketika dahulu dalam tahun 90an di zaman saya bersekolah rendah, bapa saya memberikan belanja sekolah kepada kami adik beradik seorang 50 sen sehari. Sememangnya itu sahaja kemampuan ekonomi keluarga saya ketika itu berbanding sebahagian kawan-kawan yang mampu memiliki belanja sekolah satu ringgit sehari. Namun dengan 50 sen pada ketika itu saya boleh dapatkan segelas air sirap dan nasi lemak sebungkus atau 2 - 3 biji kuih. Jarang-jarang sekali kami dapat merasa membawa seringgit sehari ke sekolah. Dengan jumlah wang saku itu memang menggembirakan kerana waktu rehat boleh makan lebih sikit dan waktu balik sementara menunggu bas boleh lagi beli ais kepal.
Emas dan nilai barangan |
Bagaimana dengan zaman sekarang?
Murid-murid dan anak-anak hari ini masih lagi membawa 50 sen atau seringgit ke sekolah ?
Alamatnya anak-anak makan jajan (makanan ringan) atau sebiji kuih sahajalah di sekolah mereka dan mengikat perut sehingga waktu pulang. Sementelah keadaan hari ini yang rata-rata ibubapa sama-sama bekerja dan keluar awal pagi bersama anak-anak. Sudah tentu tiada masa menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Oleh itu anak-anak sekolah ini sudah pasti dibekalkan belanja RM 5 sehari untuk makan dan minum di sekolah.
Dan sebahagian mereka yang ibubapa sempat siapkan sarapan barangkali dibekalkan wang saku RM 2 - RM 3 sehari. Dengan demikian dapatlah mereka menjamah makanan dan minuman yang mengenyangkan.
Kuasa nilai wang kertas dan syiling
Dari pengalaman ini membuktikan bahawa kuasa nilai wang kertas/syiling kian susut. Walaupun ada ketika nilai ringgit menaik di pasaran tetapi naik tidak melebihi kejatuhan sebelumnya. Manakala harga barangan keperluan harian, minyak masak dan petrol pula kian bertambah tidak menurun seperti setahun atau 2 tahun sebelumnya.
Inilah realiti yang kita semua hadapi!! Berdepan dengan urusan ekonomi bersandarkan mata wang yang tiada sandaran fizikal.
Berbanding dengan zaman ribuan tahun dahulu yang menggunakan emas dan perak sebagai matawang dalam sistem ekonomi dan muamalat mereka. The Lydian Lion, Shekal, kim thanh, dinar, dirham antara nama-nama wang pada zaman dahulu yang bersandarkan emas dan perak bernilai sehingga kini !!! Teori yang biasa kita dengar dan baca " 1 dinar hari ini masih mampu membeli seekor kambing seperti pada zaman Rasulullah SAW dahulu ".
Mohamed Asri Bin Zolkafli
Public Gold Dealer
PG051477
TEL: 012 324 3508
* Gambar dari internet -http://zenithgoldasia.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan