AURORA ITALIA

Salam sejahtera para pembaca budiman, 

Syarikat Public Gold, selain menjalankan perniagaan bar emas dan perak serta dinar dan dirham, juga menjual barangan emas perhiasan.


Barangan emas perhiasan sememangnya sebati dengan golongan wanita yang merupakan fitrah semulajadi mereka. Bagi meraikan kaum hawa dan permintaan daripada mereka maka syarikat menyahut permintaan semasa tersebut.

Barang kemas Aurora Italia ini menepati citarasa pemakai emas perhiasan zaman kini dengan pembuatan dari emas berketulenan 750 atau 18 karat. Sememangnya di negara kita Malaysia sudah biasa menggunakan emas perhiasan berketulenan 916 atau 22 karat namun berbeza di peringkat antarabangsa yang lebih mementingkan pada ketahanan, kehalusan dan lebih kuat untuk mengikat batu permata. 

Mari kita melihat beberapa kelebihan emas perhiasan 18 karat ini:

KEISTIMEWAAN EMAS 18 KARAT ATAU 750 AURORA PUBLIC GOLD 

1.  Emas 18 Karat adalah piawaian barang kemas antarabangsa.

Aurora Italia adalah jenama antarabangsa yang menggunakan emas 18K atau emas 750 di mana barang kemas antarabangsa menggunakan emas berketulenan tersebut. Barang kemas di Malaysia dan Singapura sahaja setakat yang saya tahu menggunakan barang kemas berketulenan 916 atau 22K.

2.  Emas 18 Karat lebih halus.

Pembuatan dan reka bentuk daripada emas 18 Karat lebih halus dan cantik kerana emas ini lebih mudah untuk dibentuk sesuatu corak emas perhiasan.

3.  Emas 18K lebih kuat mengikat batu permata, jed dan seumpamanya.

Aurora Italia dengan emas 18 Karat adalah lebih kuat dan kukuh mengikat permata berbanding emas 22K ( 916 ) yang lebih lembut. Emas yang lebih kukuh akan dapat hasilkan banyak design terkini yang mempunyai batu-batu hiasan atau permata. Penggunaan emas 750 atau 18K lebih lasak dan dengan ikatan batu lebih kukuh dan sesuai untuk barang perhiasan wanita yang menjalankan kerja luar atau kerja rumah.

4.  Emas 750 Aurora Italia lebih kukuh dan tahan lasak.

Emas 18K atau 750 adalah emas berketulenan 75% emas dan 25% lagi campuran logam lain yang menyebabkan emas 18K lebih keras, kukuh dan tahan lasak.  Dari itu Aurora Italia sangat sesuai untuk wanita yang bekerjaya mahupun suri rumah yang sentiasa aktif menjalankan tugasan harian. 



5.  Aurora Italia boleh digadai.

Gelang tangan dan rantai emas Aurora Italia boleh digadai di mana-mana sahaja seluruh dunia kerana ianya adalah emas dan boleh dijadikan penyelamat sewaktu kecemasan atau kesempitan wang.


Anda boleh lawati laman berikut untuk intai-intai pelbagai bentuk barang kemas Aurora Italia KLIK.


Introducer anda: 
PG051477
Authorised Public Gold Dealer
Telefon: 012-324 3508











updated: 27.03.2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERPINDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada para pengunjung setia dan pelawat yang melalui laman ini. Alhamdulillah, segala pujian d...