Selasa, 17 April 2018

Antara Simpan Wang Dan Simpan Emas

Assalamualaikum dan selamat petang,

Tuan/puan, saudara/saudari, abang/kakak/adik dan rakan-rakan sekalian.

Duit sandaran emas dan perak
Suatu perkara biasa bagi kita menabung dan menyimpan duit bahkan bagi kita duit mudah disimpan. Cukup hari dapat gaji sebahagiannya kita boleh terus simpan secara automatik ke bank. Tetapi mampukah simpanan tersebut bertahan lama ? Mampukah nilai wang simpanan tersebut kalis inflasi ?

Kita menyimpan wang pasti ada matlamat dan impian yang ingin dicapai. Mungkin dengan harapan nak beli rumah secara cash suatu hari nanti. Atau ingin beli sebidang tanah sebagai aset perlaburan yang lebih besar. Atau untuk anak-anak kesayangan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam 10 - 15 tahun akan datang. Maka kita buat simpanan wang bertahun-tahun untuk capai sasaran.

Sebagai contoh kita impikan sebuah rumah banglo lebih kurang harga rm300k. Apabila sampai masa yang disasarkan dan simpanan sudah mencukupi kita mencari semula rumah yang menjadi impian itu. Rupanya harga rumah tersebut sudah melambung tinggi.

Kemudian kita terus mengumpul lagi dengan andaian masih boleh beli dengan harga yang sama. Tetapi  masih tidak dapat nak kejar harga rumah yg diidami tersebut.

Inilah yang dikatakan inflasi. Rumah yang sama, saiz dan bentuk sama, tiada sebarang perubahan fizikal tetapi harganya berubah. Bukan semakin murah, tetapi semakin mahal. 

Dengan simpanan emas - aset fizikal mampu milik ini, kita dapat mengukuhkan nilai wang kita pada masa hadapan. 


BINA IMPIAN DENGAN EMAS.

Authorised Public Gold Dealer
PG051477
Telefon: 012-324 3508






Ahad, 1 April 2018

PENGENALAN SYARIKAT PUBLIC GOLD - Edisi 2

Kesungguhan Public Gold terhadap barangan galian berharga ini tidak sahaja menjalankan aktiviti jual beli malah turut menubuhkan satu-satunya muzium emas di Malaysia pada 1 Mei 2015 yang terletak di Bishop, Pulau Pinang. Pelbagai pameran yang ditunjukkan di sini di antaranya terowong lombong emas dan cara melombong emas pada zaman dahulu.

POS Malaysia - POS Ar Rahnu - Public Gold
Pada 25 November 2015 pula Public Gold telah mengadakan majlis tandatangan rasmi jalinan kerjasama bersama POS Ar-Rahnu dan turut melancarkan jongkong emas POS Malaysia edisi terhad. Kerjasama rakan kongsi ini bagi memudahkan orang ramai berdagang urusan emas fizikal di seluruh 65 cawangan POS Ar-Rahnu. Begitu bersungguh syarikat emas Public Gold ini untuk memastikan rakyat Malaysia khasnya memiliki aset fizikal ini.

Syarikat Public Gold terus mengembangkan sayap pada tahun 2016 apabila berjaya membuka cawangannya di Jakarta, Indonesia pada 26 Mac 2016 dan mengadakan seminar pertama di sana. 

Pada tahun yang sama juga iaitu pada 16 Julai, Public Gold telah memperkenalkan market online pertama di dunia yang menggunakan emas sebagai transaksi iaitu di PG Mall. Bahkan sistem goldcash ini turut digunakan secara online melalui Gold Payment System (GPS). Ini bukan bermakna market online ini menggunakan 100% transaksi emas tetapi turut menggunakan sistem wang bagi memudahkan para pelanggan membuat pilihan dalam urusan jual beli mereka.
Pensijilan Syariah daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd.
Pada 16 Disember 2016 syarikat ini secara rasminya telah mendapat pengiktirafan syariah dalam urusan perdagangannya daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd. Manakala pada 8 Februari 2017 satu persidangan media telah diadakan antara Public Gold dan Pengarah Eksekutif syarikat Amanie Advisors Sdn. Bhd. iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar; sebagai memperakui bahawa Public Gold merupakan sebuah syarikat dagangan emas pertama dunia mendapat pensijilan syariah.

Public Gold menerusi PG Mall terus melangkah ke hadapan apabila mengadakan sebuah Majlis Menandatangani Perkongsian Kerjasama antara PG Mall & Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) pada 6 Jun 2017.

Antara tujuan kerjasama ini adalah untuk mengalu-alukan lebih banyak usahawan terutamanya yang masih di peringkat permulaan untuk meneroka era baru e-dagang menerusi platform pemasaran yang tepat dan boleh dipercayai untuk menjangkau ke pasaran antarabangsa. Ini secara rasmi diumumkan oleh Pengerusi Eksekutif PG Mall, Dato 'Wira Louis Ng dengan kehadiran Presiden PUIM, Encik Mohd Azrul Mohd Nor pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Perniagaan Global Public Gold. 

PG Mall dan PUIM
Pada 29 September 2017, Public Gold menerima Pengesahan Patuh Syariah secara rasmi daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi sistem Program Pengumpulan Emas dan Perak ( GAP / SAP) pula.

Sehingga kini, Public Gold telah mempunyai seramai lebih 150,000 pelanggan dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Jom bersama kami membina impian anda !

InsyaAllah, jika diizinkan Allah saya akan menjelaskan pula keistimewaan emas perlaburan keluaran Public Gold.

Authorised Public Gold Dealer
PG051477
Telefon: 012-324 3508 
(klik no. untuk whatsapp saya)



BERPINDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada para pengunjung setia dan pelawat yang melalui laman ini. Alhamdulillah, segala pujian d...