Assalamualaikum w.b.t.
Salam 4 Syawal 1439 Hijriah.
Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Taala di atas kurnia rahmat iman dan Islam serta rezeki yang tidak pernah putus yang membolehkan kita masih mampu bernafas hari ini.
Setelah sebulan ( 29 hari ) kita berpuasa yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi turut menahan segala perkara yang membatalkan puasa, maka 1 Syawal diraikan dengan harapan kita berjaya kembali kepada fitrah insan.
Demikianlah Islam mengajar kita bahawa apabila kita tamat dari ujian di madrasah Ramadhan dengan jayanya maka Allah mensucikan diri kita dari segala dosa dan menyebabkan kita kembali kepada fitrah insan. Kita umpama seorang bayi yang baru dilahirkan, suci dan bersih.
Mudah-mudahan segala amal kebaikan kita lakukan di bulan Ramadhan dapat kita terus amalkan seperti puasa sunat, membaca Al-Quran, solat witir, bersedekah, menjaga anggota badan dan hati dari dosa dan sebagainya. Semoga Allah Taala tetapkan pendirian kita dalam mentaati perintahNya. amiinn...
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.