Ahad, 18 Mac 2018

PENGENALAN SYARIKAT PUBLIC GOLD

Public Gold 10 Tahun
Di Malaysia, banyak syarikat emas yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan terutama di era tahun 2010 - 2011 yang mana ketika itu harga emas naik mendadak. Namun begitu syarikat Public Gold telah pun wujud sebelum itu di dalam pasaran emas Malaysia.

Public Gold Marketing Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai Public Fine Gold International Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat tempatan terbesar yang mengeluarkan sendiri jongkong emas, jongkong perak, dinar dan dirham untuk tujuan perlaburan. 

Syarikat ini yang beribu pejabat di Taman Perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 23 Mei 2008. Maka tahun ini Public Gold telah pun berusia 10 tahun beroperasi dalam urusan jual beli emas. Bahkan kini syarikat Public Gold lebih dari itu.

Sebagai makluman umum, syarikat Public Gold tiada kaitan dengan syarikat Public Bank.

Pada 1 September 2008 cawangan pertama Public Gold telah ditubuhkan di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Manakala pada 8 April 2009 Public Gold telah disenaraikan dalam The Malaysia Book Of Records sebagai sebuah syarikat yang mempunyai jongkong emas bersijil dan temurah di Malaysia.

Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KODEMAS) telah ditubuhkan pada 28 Januari 2010 dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Pulau Pinang. Tujuan koperasi ini ditubuhkan ialah untuk menjaga kebajikan dan ekonomi kakitangan dan pengedar emas kumpulan Public Gold.

Pada 28 Februari 2010 Public Gold telah melancarkan barang kemas perhiasan 916 dan jongkong perak (silver). Lagi sekali Public Gold telah disenaraikan dalam The Malaysia Book Of Records sebagai syarikat tempatan pertama keluarkan jongkong perak.


Antara perkara penting juga dalam susur galur syarikat ini ialah pernukaran nama korporat. Dahulunya dikenali sebagai Public Fine Gold International Sdn. Bhd. telah bertukar kepada Public Gold Marketing Sdn. Bhd. pada 25 Januari 2011. Manakala perasmian pejabat korporat Public Gold di Bayan Lepas Pulau Pinang telah diadakan pada 15 Mac 2012 oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah.

Pada 15 Julai 2014 Public Gold mula memperkenalkan sistem Gold Accumulation Program (GAP) iaitu Program Pengumpulan Emas yang pertama di Malaysia. Program ini membolehkan orang ramai mengumpul emas fizikal berdasarkan asas yang diperuntukan dan disokong 100% emas fizikal. Orang ramai boleh mengeluarkan emas tersebut di seluruh cawangan Public Gold dengan kadar minima 1 gram.

Pada 13 Oktober 2014 pula produk Public Gold secara rasmi telah dikecualikan dari GST        ( Goods and Services Tax ) oleh Warta Kerajaan Persekutuan Malaysia kerana produk Public Gold tersenarai dalam LBMA ( London Bullion Market Association ). 

InsyaAllah saya akan menyambung lagi tulisan berkaitan beberapa tarikh penting dan kejayaan bagi syarikat Public Gold. 


Mohd. Asri Bin Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer
PG 051477
HP : 012-324 3508

Jumaat, 9 Mac 2018

Emas Simpanan Untuk Semua Golongan

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Sebagai seorang Islam yang taat kepada agama dan perintah Tuhan, lelaki dilarang memakai barang perhiasan emas. Namun demikian tiada halangan untuk mereka mengguna, menyimpan dan berjualbeli emas. 

Kali ini saya ingin kongsikan berkaitan fungsi emas kepada beberapa kategori di kalangan masyarakat kita.

1.  Kanak-kanak

Emas berfungsi sebagai tabung pendidikan mereka. Bermula dari mereka mula memasuki alam persekolahan atau lebih-lebih lagi bila mereka nak sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi. Sudah pasti ketika itu memerlukan suatu perbelanjaan yang besar. 

Dengan simpanan emas yang ada mereka tak perlu lagi berhutang dengan PTPTN. Hanya jual aset emas yang disimpan. Apabila  keluar dari universiti hidup mereka bebas dari hutang.


2. Pelajar di peringkat IPTA/IPTS

Mereka yang membuat simpanan emas boleh dijadikan sebagai tabungan masa depan untuk dijadikan hantaran kahwin, pembelian rumah, pembiayaan semula PTPTN (jika ada buat loan sebelum ni), nak beli kenderaan dan modal permulaan perniagaan. 

Dan ramai sudah maklum, bahawa graduan sekarang mengambil masa untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Dengan simpanan emas sekurangnya mereka masih boleh survive sementara mendapat pekerjaan yang baik.

3.  Peniaga dan Usahawan

Emas yang disimpan boleh dijadikan sebagai pusingan modal perniagaan. Dapat untung  hasil perniagaan, simpan sebahagian dalam bentuk emas. 

Bila-bila perlukan duit tunai untuk rolling, boleh pajak emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan tunai segera. Bila dah dapat hasil bisnes, tebus balik emas itu. 

Dengan ini untung bisnes dapat, emas yang disimpan sebelum ini pun dapat semula. 

4. Golongan berusia

Mereka boleh menjadikan emas sebagai tabungan untuk menunaikan haji/umrah. Menurut kajian oleh mentor saya Encik Zulkifli, bahawa antara tabungan wang dan emas dalam urusan haji dan umrah tabungan emas lebih menguntungkan.

Selain itu , mereka juga boleh membuat pertukaran aset seperti tanah dan juga rumah. 



5.  Ibu bapa

Emas berfungsi sebagai insuran kecemasan. Sekiranya berlaku kemalangan seperti rumah terbakar, ibubapa atau anak sakit, kereta rosak dan sewaktu dengannya. Mereka boleh gunakan emas sebagai back up dalam kehidupan. Pajak atau jual emas untuk menampung keperluan di saat kecemasan.

6. Orang awam

Emas boleh dijadikan hadiah untuk mereka yang tersayang dalam apa jua majlis atau hari perayaan seperti hari lahir, hari penyampaian anugerah, hari raya dan sebagainya.

Di Public Gold, kita ada bermacam-macam variety emas 1 gram yang sangat menarik. 


Authorised Public Gold Dealer
PG051477
Telefon: 012-324 3508

Khamis, 22 Februari 2018

Saya Usahawan Emas Public Gold

Kursus Dealer Emas
Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang penuh keberkatan kepada rakan-rakan pembaca sekalian. 

Saya Asri, seorang usahawan emas yang aktif dari syarikat Public Gold. Sebuah syarikat berusia 10 tahun yang operasi utamanya adalah jual beli bar emas dan perak selain PG Mall dan Aurora Italia. 

Selain seorang guru di salah sebuah sekolah rendah Islam, saya juga komited berkongsi ilmu kewangan, ilmu emas dan perak kepada masyarakat terutama melalui media eletronik. 

Saya berbesar hati jika ada di kalangan tuan/puan, saudara/saudari yang berminat untuk berkongsi ilmu dan bertanya pendapat berkaitan emas dan kewangan bersama saya. 

Alhamdulillah, Tuhan telah dorongkan saya bertemu dengan mentor-mentor hebat dan mendapat curahan ilmu daripada mereka. Mereka telah berjaya membina empayar bisnes emas dan punyai pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan mereka. 


Terima kasih kepada ibubapa saya, mentor-mentor dan semua rakan yang memberi dorongan dan sokongan dalam membina jambatan kejayaan ini. 


AYUH! BINA IMPIAN DENGAN EMAS.


Authorised Public Gold Dealer
PG051477
Telefon: 012-324 3508




Rabu, 24 Januari 2018

3 Ciri Emas Yang Selamat Dibeli

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Para pembaca budiman, 
Sebelum ini saya telah berkongsi kepada anda berkaitan bagaimana ingin memaksimunkan keuntungan apabila membeli emas perlaburan. ( Boleh merujuk di Maksimumkan Keuntungan Apabila Beli Emas ). 

InsyaAllah pada kali ini saya ingin berkongsi tiga ciri pembelian emas yang sepatutnya kita sebagai pembeli tahu supaya kita tidak menghadapi sebarang masalah dengan simpanan emas kita di masa hadapan.

PERTAMA  ( ALERT LIST BANK NEGARA MALAYSIA )

Sebelum kita menceburi diri secara langsung atau tidak langsung dengan perlaburan emas atau perlaburan lain, terlebih dulu sila lawati website Bank Negara Malaysia (BNM) untuk selidik sesuatu syarikat itu TIDAK BERADA di dalam senarai alert list. Website BNM adalah seperti link berikut:-

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_financialconsumeralert&lang=en

(Kemaskini pada 17.Januari.2018)

PUBLIC GOLD INTERNATIONAL BERHAD TIDAK BERADA DI DALAM ALERT LIST BNM TERSEBUT !!!


KEDUA  ( SIJIL PATUH SYARIAH )

Syarikat pengeluar emas yang mempunyai sijil patuh syariah bagi produk emasnya mempunyai kelebihan tersendiri. Ini adalah kerana bukan mudah untuk sesuatu syarikat pengeluar emas mendapatkan sijil patuh syariah tersebut. Ia melalui proses yang panjang dan rumit dari suatu badan iaitu panel syariah untuk mengesahkan kepatuhannya. Kata mentor saya, tiada sijil patuh syariah bukan bermakna perjalanan bisnes sesebuah syarikat itu tidak patuhi syarak tapi dengan adanya sijil tersebut lebih meyakinkan orang ramai, terutamanya muslim.

PUBLIC GOLD INTERNATIONAL BERHAD ADALAH SYARIKAT YANG MEMPUNYAI SIJIL PATUH SYARIAH DI MALAYSIA DARI PANEL SYARIAH YANG SAMA DENGAN BANK NEGARA MALAYSIA DAN SURUHANJAYA SEKURITI IAITU DARI AMANIE ADVISORS SDN.BHD. SIJIL TERSEBUT DITANDATANGANI OLEH DATUK DR. MOHD DAUD BAKAR.


KETIGA  ( SYARIKAT PENGELUAR MEMPUNYAI REPUTASI YANG TINGGI )

Anda boleh mencari dan buat sedikit dapatan berkaitan syarikat penjual emas pelaburan yang kukuh, stabil dan bereputasi tinggi. Lihat juga kepada syarikat atau agensi yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat emas tersebut.

Contohnya Pos Malaysia Berhad. Melalui Arrahnu Pos sejak 2 tahun yang lalu, mereka telah bekerjasama dengan Public Gold sama ada dalam urusan pajakkan mahupun penjualan dan pembelian emas.

( ArRahnu Pos HANYA menjual gold bar 0.5gram, 1gram, 5gram dan 10gram serta 1/2 dinar dan 1 dinar. )

Selain dari Arrahnu Pos, banyak lagi Arrahnu spt Arrahnu Agro Bank, Arrahnu Koperasi Dagang Emas, Arrahnu Koperasi Tentera, Arrahnu Bank Rakyat yang menerima pajakkan emas-emas keluaran Public Gold. Sekiranya syarikat tidak mempunyai reputasi tinggi, adakah syarikat dan agensi ini mahu menjadi business partner ?

PUBLIC GOLD INTERNATIONAL BERHAD SATU-SATUNYA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI BUSINESS PARTNER YANG RAMAI

Pada saya, setelah membuat kajian dan bacaan berdasarkan perkara-perkara di atas saya meyakini PUBLIC GOLD adalah platform TERBAIK untuk saya memulakan pembelian emas perlaburan untuk simpanan masa depan saya dan keluarga.

BINA IMPIAN DENGAN SIMPANAN EMAS

Mohd. Asri Zolkafli
PG051477
Public Gold Dealer
012-324 3508



Isnin, 15 Januari 2018

2018: MEMBINA IMPIAN ATAU PERBAHARUINYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa untuk menulis di ruang maya ini.
Kita sudah berada di pertengahan bulan Januari 2018. Masing-masing sudah menggerakkan agenda impian yang telah dirangka pada penghujung Disember 2017.  Masing-masing punya matlamat yang perlu dicapai pada tahun ini, 3 tahun, 5 tahun ataupun 10 tahun akan datang.

Mudahan apa yang kita impikan menjadi kenyataan, amiin.

Pesanan mentor emas saya, apabila sudah memasang impian pastikan impian itu ditulis. Sebaiknya lakarkan pada kertas bersaiz besar seperti kad manila atau kertas majung. Kemudian tampal di dinding supaya mudah dilihat setiap hari.

Anda sudah ada impian yang ingin dicapai?
Anda sudah merangka dan melakarkan impian anda?

SELAMAT MEMBINA IMPIAN DIRI

p/s: Saya membina impian dengan EMAS !!

BERPINDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada para pengunjung setia dan pelawat yang melalui laman ini. Alhamdulillah, segala pujian d...