Isnin, 15 Januari 2018

2018: MEMBINA IMPIAN ATAU PERBAHARUINYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa untuk menulis di ruang maya ini.
Kita sudah berada di pertengahan bulan Januari 2018. Masing-masing sudah menggerakkan agenda impian yang telah dirangka pada penghujung Disember 2017.  Masing-masing punya matlamat yang perlu dicapai pada tahun ini, 3 tahun, 5 tahun ataupun 10 tahun akan datang.

Mudahan apa yang kita impikan menjadi kenyataan, amiin.

Pesanan mentor emas saya, apabila sudah memasang impian pastikan impian itu ditulis. Sebaiknya lakarkan pada kertas bersaiz besar seperti kad manila atau kertas majung. Kemudian tampal di dinding supaya mudah dilihat setiap hari.

Anda sudah ada impian yang ingin dicapai?
Anda sudah merangka dan melakarkan impian anda?

SELAMAT MEMBINA IMPIAN DIRI

p/s: Saya membina impian dengan EMAS !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERPINDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada para pengunjung setia dan pelawat yang melalui laman ini. Alhamdulillah, segala pujian d...