Sabtu, 29 Julai 2017

Maksimumkan Keuntungan Apabila Beli Emas

         Setelah ada pengetahuan berkenaan kepentingan emas pada diri dan keluarga anda, maka akan timbul keyakinan memiliki emas dan menyimpannya. Kemudian anda  mendapatkan emas samada di kedai-kedai emas atau melalui ejen-ejen yang anda kenali. Adalah suatu kerugian walaupun anda telah membeli suatu aset bernilai tanpa menyelidiki terlebih dahulu beberapa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada produk emas yang anda beli. 

       Di sini ingin saya kongsikan kepada anda beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli emas untuk simpanan jangka panjang ataupun untuk pelaburan. Perkara ini penting supaya anda dapat memiliki emas yang diyakini produknya dan perolehi keuntungan maksimum apabila anda ingin menjual atau menggadainya kelak. 

Ambil kira perkara berikut sebelum membeli emas:

1- Harga emas per gram ($ / gram)

- item emas yang tiada upah tukang
- tiada GST 

2- Susut nilai (spread) yang nipis

- harga jualan - harga belian
- susut nilai yang nipis 
- membeli emas yang lebih berat gramnya maka susut nilainya lebih kecil

3- Boleh dan mudah digadaikan di ar-Rahnu

-  syarat gadaian yang tidak merumitkan


4- Cawangan jual beli banyak

-  memudahkan urusan beli dan jual
-  kurang kos pengangkutan
-  tidak hanya bergantung kepada ejen


5- Kesediaan stok

-  Boleh dapatkan stok dalam jumlah yang banyak
-  Stok sedia ada, jika tiada jarak masa untuk dapatkan stok tidak lama 


6- Syarat jual yang tidak menyusahkan

-  tidak perlu tunjuk resit jualan
-  tidak perlu dibuka permanent seal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERPINDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada para pengunjung setia dan pelawat yang melalui laman ini. Alhamdulillah, segala pujian d...