Assalamualaikum dan salam bahagia.
Sebagai seorang Islam yang taat kepada agama dan perintah Tuhan, lelaki dilarang memakai barang perhiasan emas. Namun demikian tiada halangan untuk mereka mengguna, menyimpan dan berjualbeli emas.
Kali ini saya ingin kongsikan berkaitan fungsi emas kepada beberapa kategori di kalangan masyarakat kita.
1. Kanak-kanak
Emas berfungsi sebagai tabung pendidikan mereka. Bermula dari mereka mula memasuki alam persekolahan atau lebih-lebih lagi bila mereka nak sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi. Sudah pasti ketika itu memerlukan suatu perbelanjaan yang besar.
Dengan simpanan emas yang ada mereka tak perlu lagi berhutang dengan PTPTN. Hanya jual aset emas yang disimpan. Apabila keluar dari universiti hidup mereka bebas dari hutang.
2. Pelajar di peringkat IPTA/IPTS
Mereka yang membuat simpanan emas boleh dijadikan sebagai tabungan masa depan untuk dijadikan hantaran kahwin, pembelian rumah, pembiayaan semula PTPTN (jika ada buat loan sebelum ni), nak beli kenderaan dan modal permulaan perniagaan.
Dan ramai sudah maklum, bahawa graduan sekarang mengambil masa untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Dengan simpanan emas sekurangnya mereka masih boleh survive sementara mendapat pekerjaan yang baik.
3. Peniaga dan Usahawan
Emas yang disimpan boleh dijadikan sebagai pusingan modal perniagaan. Dapat untung hasil perniagaan, simpan sebahagian dalam bentuk emas.
Bila-bila perlukan duit tunai untuk rolling, boleh pajak emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan tunai segera. Bila dah dapat hasil bisnes, tebus balik emas itu.
Dengan ini untung bisnes dapat, emas yang disimpan sebelum ini pun dapat semula.
4. Golongan berusia
Mereka boleh menjadikan emas sebagai tabungan untuk menunaikan haji/umrah. Menurut kajian oleh mentor saya Encik Zulkifli, bahawa antara tabungan wang dan emas dalam urusan haji dan umrah tabungan emas lebih menguntungkan.
Selain itu , mereka juga boleh membuat pertukaran aset seperti tanah dan juga rumah.
5. Ibu bapa
Emas berfungsi sebagai insuran kecemasan. Sekiranya berlaku kemalangan seperti rumah terbakar, ibubapa atau anak sakit, kereta rosak dan sewaktu dengannya. Mereka boleh gunakan emas sebagai back up dalam kehidupan. Pajak atau jual emas untuk menampung keperluan di saat kecemasan.
6. Orang awam
Emas boleh dijadikan hadiah untuk mereka yang tersayang dalam apa jua majlis atau hari perayaan seperti hari lahir, hari penyampaian anugerah, hari raya dan sebagainya.
Di Public Gold, kita ada bermacam-macam variety emas 1 gram yang sangat menarik.
Authorised Public Gold Dealer
PG051477
Telefon: 012-324 3508