Selasa, 12 Disember 2017

MEMBELI BELAH SECARA ONLINE DI PG MALL !!

NAK MENJUAL PRODUK ANDA DI SINI PUN BOLEH.... Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Syarikat Public Gold kini terus melebarkan sayap perniagaannya dengan penubuhan mall online iaitu PG Mall. Kelebihan utama PG Mall adalah ianya menerima dua bentuk transaksi iaitu emas dan wang. Rasanya belum ada lagi sebuah mall online yang menyediakan pekhidmatan sepertinya. Jadi kepada sesiapa yang biasa membeli secara online di mana-mana web mall, anda boleh cuba untuk menjadi pelanggan di PG Mall pula. Mereka yang belum pernah membeli barangan secara online (atas talian- internet) juga boleh menikmati perkhidmatan mudah ini. Anda boleh lawati laman web berikut: https://pgmall.my/ Dan kini PG Mall mengadakan pelbagai promosi dan HOT SALE hampir setiap hari. Bahkan sesiapa yang membeli barangan RM 30 ke atas disediakan cabutan bertuah berupa bar emas. Anda berminat dan ingin mencuba ? Jemput DAFTAR PERCUMA di sini http://bit.do/PGMallCus Kalau nak jual produk perniagaan anda pun boleh. Anda boleh mendaftar di sini http://bit.do/PGMallMerchant
ATAU
CALL @ SMS @ whatsapp saya : 0123243508

Khamis, 9 November 2017

GOLD : BUY & WIN CAMPAIGN

( Campaign Period: 01.11.2017 to 31.01.2018 )

REBUT HADIAH UTAMA 5 GRAM SETIAP BULAN  !!!

Macam mana nak sertai ? 

Anda boleh datang sendiri ke cawangan PUBLIC GOLD berhampiran anda ( boleh semak di sini Cawangan Public Gold ) dan buat belian SILVER @ GOLD  serendah 1 gram dan anda berpeluang untuk membawa pulang hadiah bar EMAS yang berjumlah * RM100 000 *.

๐Ÿ‘‰ Introducer PG anda: Asri Zolkafli ( PG051477 )

Cara mula :
๐ŸŒ Kunjungi website www.publicgold.com.my & lihat harga emas pilihan anda.
๐Ÿ“ฒ Hubungi saya *0123243508* untuk sebarang pertanyaan.

Untuk buka akaun GAP/SAP :
๐Ÿ‘‰Transfer ke akaun PUBLICGOLD MARKETING SDN BHD

MAYBANK - 5571 3923 8048
PUBLIC BANK - 3167 5208 33

SCREENSHOT slip payment DAN hantar kepada saya, Asri 0123243508
Nanti branch akan tolong update akaun anda.

๐Ÿค— TAHNIAH... anda sudah ada memulakan *TABUNGAN MASA DEPAN*

*BINA IMPIAN ANDA DENGAN SIMPANAN EMAS*


Isnin, 2 Oktober 2017

Wang Kertas, Syiling Dan EMAS


Suatu ketika dahulu dalam tahun 90an di zaman saya bersekolah rendah, bapa saya memberikan belanja sekolah kepada kami adik beradik seorang 50 sen sehari. Sememangnya itu sahaja kemampuan ekonomi keluarga saya ketika itu berbanding sebahagian kawan-kawan yang mampu memiliki belanja sekolah satu ringgit sehari. Namun dengan 50 sen pada ketika itu saya boleh dapatkan segelas air sirap dan nasi lemak sebungkus atau 2 - 3 biji kuih. Jarang-jarang sekali kami dapat merasa membawa seringgit sehari ke sekolah. Dengan jumlah wang saku itu memang menggembirakan kerana waktu rehat boleh makan lebih sikit dan waktu balik sementara menunggu bas boleh lagi beli ais kepal. 
Emas dan nilai barangan

Bagaimana dengan zaman sekarang? 
Murid-murid dan anak-anak hari ini masih lagi membawa 50 sen atau seringgit ke sekolah ?

Alamatnya anak-anak makan jajan (makanan ringan) atau sebiji kuih sahajalah di sekolah mereka dan mengikat perut sehingga waktu pulang. Sementelah keadaan hari ini yang rata-rata ibubapa sama-sama bekerja dan keluar awal pagi bersama anak-anak.  Sudah tentu tiada masa menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Oleh itu anak-anak sekolah ini sudah pasti dibekalkan belanja RM 5 sehari untuk makan dan minum di sekolah. 

Dan sebahagian mereka yang ibubapa sempat siapkan sarapan barangkali dibekalkan wang saku RM 2 - RM 3 sehari. Dengan demikian dapatlah mereka menjamah makanan dan minuman yang mengenyangkan. 

Kuasa nilai wang kertas dan syiling

Dari pengalaman ini membuktikan bahawa kuasa nilai wang kertas/syiling kian susut. Walaupun ada ketika nilai ringgit menaik di pasaran tetapi naik tidak melebihi kejatuhan sebelumnya. Manakala harga barangan keperluan harian, minyak masak dan petrol pula kian bertambah tidak menurun seperti setahun atau 2 tahun sebelumnya.

Inilah realiti yang kita semua hadapi!! Berdepan dengan urusan ekonomi bersandarkan mata wang yang tiada sandaran fizikal. 

Berbanding dengan zaman ribuan tahun dahulu yang menggunakan emas dan perak sebagai matawang dalam sistem ekonomi dan muamalat mereka. The Lydian Lion, Shekal, kim thanh, dinar, dirham antara nama-nama wang pada zaman dahulu yang bersandarkan emas dan perak bernilai sehingga kini !!! Teori yang biasa kita dengar dan baca " 1 dinar hari ini masih mampu membeli seekor kambing seperti pada zaman Rasulullah SAW dahulu ".


Mohamed Asri Bin Zolkafli
Public Gold Dealer
PG051477
TEL: 012 324 3508

* Gambar dari internet -http://zenithgoldasia.blogspot.my

Selasa, 19 September 2017

Lucky Winner Prizes !!!


Tinggal lebih kurang 10 hari lagi promosi ini akan berakhir.

Hadiah menarik kini menanti anda....

Bulan lepas ( Ogos ) seorang kanak-kanak berjaya memenangi cabutan 5 gram emas Public Gold 24 karat ( 999.9 ). 

Alhamdulillah saya sendiri turut bertuah memenangi cabutan dan mendapat 0.5 gram emas 999.9. 

InsyaAllah kemungkinan anda juga turut mendapat tuah seperti kami.

Jangan lepaskan peluang ini !! Hanya sah sehingga 30 September 2017.

Hubungi saya >>>
Dealer Public Gold anda: Mohamed Asri Zolkafli PG 051477, H/P 012- 324 3508


Ahad, 3 September 2017

SIFAT EMAS

Sifat utama

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas. Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.

Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.

Aplikasi

Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.

Kegunaan lain:
Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadangkala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.

Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).

Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)

Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.


Sabtu, 29 Julai 2017

Maksimumkan Keuntungan Apabila Beli Emas

         Setelah ada pengetahuan berkenaan kepentingan emas pada diri dan keluarga anda, maka akan timbul keyakinan memiliki emas dan menyimpannya. Kemudian anda  mendapatkan emas samada di kedai-kedai emas atau melalui ejen-ejen yang anda kenali. Adalah suatu kerugian walaupun anda telah membeli suatu aset bernilai tanpa menyelidiki terlebih dahulu beberapa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada produk emas yang anda beli. 

       Di sini ingin saya kongsikan kepada anda beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli emas untuk simpanan jangka panjang ataupun untuk pelaburan. Perkara ini penting supaya anda dapat memiliki emas yang diyakini produknya dan perolehi keuntungan maksimum apabila anda ingin menjual atau menggadainya kelak. 

Ambil kira perkara berikut sebelum membeli emas:

1- Harga emas per gram ($ / gram)

- item emas yang tiada upah tukang
- tiada GST 

2- Susut nilai (spread) yang nipis

- harga jualan - harga belian
- susut nilai yang nipis 
- membeli emas yang lebih berat gramnya maka susut nilainya lebih kecil

3- Boleh dan mudah digadaikan di ar-Rahnu

-  syarat gadaian yang tidak merumitkan


4- Cawangan jual beli banyak

-  memudahkan urusan beli dan jual
-  kurang kos pengangkutan
-  tidak hanya bergantung kepada ejen


5- Kesediaan stok

-  Boleh dapatkan stok dalam jumlah yang banyak
-  Stok sedia ada, jika tiada jarak masa untuk dapatkan stok tidak lama 


6- Syarat jual yang tidak menyusahkan

-  tidak perlu tunjuk resit jualan
-  tidak perlu dibuka permanent seal

Jumaat, 14 Julai 2017

Logam EMAS

Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (Latin. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentuk ketulan nugget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa (merkuri) dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.

Emas ialah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009. Jumlah ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia ialah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.

Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan pengalir elektrik yang sangat bagus.


Isnin, 19 Jun 2017

JENIS DAN FUNGSI LOGAM

Logam adalah unsur yang jumlahnya paling banyak di bumi ini. Logam memiliki sifat dan kegunaannya masing-masing. Sampai saat ini, terdapat 65 logam yang terbentuk secara alami di bumi, namun hanya sedikit yang boleh dimanfaatkan dengan cara yang benar. Logam-logam yang dapat dimanfaatkan ini hanya mencapai 20 jenis, baik yang berdiri sendiri mahupun sebagai bahagian dari aloi( campuran dari dua buah logam atau lebih dengan zat lainnya). Aloi ini dibuat untuk menghasilkan logam yang memiliki sifat yang berbeza dari sebelumnya, agar dapat dimanfaatkan secara maksima.

Jika anda masih belum mengenali kepelbagaian jenis logam dan kegunaanya, mari perhatikan senarai di bawah ini yang terdiri dari 20 jenis logam alami dan ditambah dengan 5 jenis aloi yang paling sering kita jumpai.

1. Alumunium
Alumunium adalah logam dengan warna putih keperak-perakan yang memiliki sifat sangat ringan dan tahan terhadap korosi(karat). Logam ini berasal dari bijihnya, bauksit, dengan proses elektrolisis. Alumunium digunakan dalam kabel-kabel listrik lintas udara, pesawat terbang, kapal, kereta, tin minuman, dan foil dapur (pembungkus makanan).

2. Baja
Baja merupakan salah satu aloi yang sangat sering kita dengar dan kita jumpai namanya. Baja memiliki peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kenapa demikian? Kerana Baja merupakan aloi besi dan karbon yang merupakan satu dari sedikit bahan terpenting dalam industri, seperti yang kita ketahui, bidang industri ini mempengaruhi dunia secara global. Baja memiliki sifat tahan karat, dan kegunaanya yang sangat penting adalah untuk bidang industri ruang angkasa.

3. Besi
Besi merupakan logam yang memiliki warna abu keputih-putihan. Logam ini dihasilkan terutama dari peleburan biji hematit dalam tanur sembur. Kegunaanya adalah diapakai untuk bangunan dan bidang teknik, juga dapat dimanfaatkan untuk membuat aloi baja.
Emas dan perak

4. Emas
Tentu anda semua sudah tidak asing lagi dengan logam yang satu ini. Unsur logam emas memiliki sifat yang lembut, dan memiliki warna kuning terang yang digunakan untuk perhiasan dan alat-alat elektronik. Tentunya emas tidak mudah didapati di pasaran, kerana memiliki harga yang sangat tinggi dan terus meningkat.


Rabu, 14 Jun 2017

Sejarah EMAS 1

EMAS merupakan logam bernilai yang disukai semua orang yang dijangka pertama kali ditemukan sekitar tahun 4000 SM (Sebelum Masihi) di sebuah peradaban di Eropah Timur. Ketika itu emas hanya digunakan sebagai barang perhiasan. Kemungkinan besar emas dilombong dari Pegunungan Alpen Transilvania atau di Gunung Pangaion di Thrace, Bulgaria.

Penggunaan emas sebagai barang perhiasan juga ditemukan di Sumeria, Iraq Selatan sekitar tahun 3000 SM. Pada tahun 2500 SM, di Abydos Mesir ditemukan berbagai macam perhiasan yang diperbuat dari emas pada makam Raja Zer – dinasti pertama Mesir. 

Pada tahun 1500 SM, Mesir sudah dianggap sebagai bangsa sangat kaya kerana emasnya. Bahkan syiling emas berukuran 11,3 gram yang dikenal sebagai Shekel sudah dijadikan alat tukaran perdagangan antarabangsa. Tidak kurang menariknya bagi bangsa Babilon menggunakan api sebagai cara untuk menguji kadar emas suatu perhiasan pada tahun 1350 SM. Sementara itu, bangsa Mesir menemukan cara memperpanjang umur emas dengan memasukkan emas pada suatu daun pada tahun 1200 SM. Kala itu mereka juga sudah mencuba mencampur emas dengan logam lain untuk meningkatkan kekerasan emas dan memberikan variasi warna. Mereka juga menemukan teknik penggunaan lilin untuk pembuatan perhiasan emas.

Sekitar tahun 1091 SM, koin kecil diperbuat dari emas berbentuk persegi digunakan sebagai mata wang di daerah China. Pada tahun 560 SM, koin-koin pertama diperbuat dari emas tulen telah digunakan di Lydia, sebuah kerajaan di Asia Minor di daerah Turki.

Sejak zaman Alexander The Great (tahun 344 SM) emas digunakan sebagai lambang kejayaan atau kekuasaan. Alexander The Great menakluki dunia dari daratan Yunani, Laut Tengah, Mesir, Asia Minor, Persia hingga India Utara. Namanya diabadikan menjadi nama salah satu kota di Mesir iaitu Alexandria atau Iskandariyah. Pada saat menaklukki Persia, Alexander The Great mengerahkan 41.000 pasukannya untuk mendapatkan lebih dari 50 ton emas!

Rujukan dari : wikipedia.com

Di bawah ini gambar beberapa koin emas yang digunakan di Lydia:

Oldest coin








The Lydian Lion

Khamis, 1 Jun 2017

EMAS : Kelebihan dan keistimewaan

Apa untung  kita menyimpan emas ? 

Sejak zaman dahulu lagi emas adalah logam berharga yang paling tinggi nilainya. Emas dijadikan matawang dalam sistem jual beli mereka selain logam perak yang turut digunakan. Banyak kisah pemimpin-pemimpin dunia yang tamakkan harta mengumpul kekayaan mereka dengan emas. Sehingga mereka sanggup melakukan kezaliman kerana rakus mengumpul harta bertimbun-timbun. Mungkin kita boleh membaca semula kisah-kisah Firaun dan Qarun serta pemimpin lain.

Saya seorang muslim dan mungkin anda yang sedang membaca tulisan ini juga seorang muslim yang mengetahui bahawa emas dan perak merupakan antara perkara yang diulang-ulang di dalam al-Qur’an yang disebut sebagai perhiasan di dunia dan di syurga nanti. Dengan erti kata lain, emas dan perak adalah logam bernilai di dunia dan akhirat.

Di sana terdapat beberapa lagi  keistimewaan EMAS antaranya:

01- EMAS - Diiktiraf di mana-mana tempat seluruh negara. 

02- EMAS - Mempunyai nilainya yang tersendiri.

03- EMAS - Tidak mudah dibinasakan

04- EMAS - Aset mudah alih 

05- EMAS - Kalis inflasi sejak berzaman

06- EMAS - Aset yang mudah ditunaikan 

07- EMAS - Boleh dibahagikan kepada beberapa unit/kepingan

08- EMAS - Tidak boleh direkacipta 

09- EMAS - Simpanan menguntungkan dalam jangka masa panjang

10- EMAS - Harta yang sukar diketahui umum.



Sumber: internet

Mohamed Asri Zolkafli
Public Gold Dealer
PG 051477.
012-3243508 ( Tel. / whatsapp )

BERPINDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada para pengunjung setia dan pelawat yang melalui laman ini. Alhamdulillah, segala pujian d...